Click for Ipoh, Malaysia Forecast
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak...
Marilah sama-sama kita mengejar 10 malam yang terakhir ini...
Moga-moga Lailatul Qadar menanti kita di sana...

Assalamualaikum.....

Ayuh sahabat handai, teruskanlah solat2 hajat anda... Dua perkara yang pasti berlaku dalam masa yang terdekat ini....
  1. Keputusan mahkamah 99% akan memihak kepada Nizar.
  2. Pembubaran dun perak pula 80% akan berlaku.
  3. Pastikan kita bersedia menghadapi kedua teori ini...
  4. Teruskan perjuangan....

MAJLIS SAMBUTAN BADAR KUBRO

6 Sep, Ipoh

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih buat DPP Perak dan Pas Kawasan Tambun kerana menjayakan program semalam 'Majlis sambutan Badar Kubra serta Liqa' Fikqri bersama Presiden Pas. Program dirasakan begitu meriah dan menaikkan 'roh' jihad para pejuang zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Dengan memperjelaskan situasi mengenai musuh-musuh Islam pada zaman Rasulullah S.A.W dengan musuh-musuh Islam pada zaman sekarang dalam konteks negara kita, sekurang-kurangnya membuka mata-mata penduduk setempat.
Seperti yang dinyatakan Dato Seri Ir. Nizar, Marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dari keberkatan Ramadhan, berdoa agar Pakatan Rakyat di Perak selamat dan dilindungi oleh Allah s.w.t.
Semoga Allah melindungi semua pimpinan Pakatan Rakyat Perak daripada '
sang biawak-biawak' yang menunggu masa dan masih merancang untuk melingkupkan Pakatan Rakyat yang kita sayangi.
Ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan presiden, YB Dato Seri Abdul Hadi Awang kerana sudi meluangkan masa bersama Pemuda Pas Perak pada taklimat tertutup petang tersebut. Semoga Allah melanjutkan umur beliau agar kita dipertemukan jodoh di Badar Qubra di Ramadhan tahun depan.
Akhir kalam buat semua 'sang biawak-biawak' ingatlah bahawa kita hanya merancang dan Allah juga merancang'

wassalam
È